Assalamualaikum....
Pejam celik pejam celik, cepatnya rasa masa berlalu..dah 5 tahun lebih dah ayah pergi..bulan Mac tahun depan, genap lah 6 tahun pemergiannya…dan raya tahun ni, adalah raya yg ke-6 tanpanya…rasa cam sekejap sangat..cam baru semalam je orang ramai datang umah ziarah…
Walaupun hampir 6 tahun dah, tapi aku still rasa saat kehilangan tu…saat arwah pergi tinggalkan kami sekeluarga..aku, mak, adik, sedara-sedara laen, sume ada dekat ngan arwah masa tu…arwah ayah masuk hospital tak sampai pun sehari…petang hari sebelumnya, dekat2 nak maghrib dah, mak aku telefon pakcik aku..mintak tolong dia bawakan pergi klinik..ayah memang tak berapa sihat 2 3 hari dah..g klinik, doctor cakap cuma demam biasa je..tapi, hari kejadian tu, ada sepasang pasangan yg nak menikah datang umah..tak tau la apa yg dibincangkan..mungkin urusan surat2 ke, sijil2 ke apa tak tau la kan..sepatutnya ayah yg nikahkan dorang nanti..tapi, petang tu, lepas pakcik bawak g klinik, doktor terus transfer ayah ke hospital…then, terus kena masuk wad…aku kat umah time tu, tak ikut skali…
Lepas maghrib, akak angkat aku datang amik aku…dia suh aku siap2kan sikit pakaian mak n ayah sebab katanya ayah kena tahan sana..lepas dah siap, kitorang pergi…pastu, ramai la sedara2 yg dekat2 sini mana yg sempat diberitahu datang melawat malam tu jugak…keadaan ayah masa tu nampak ok..cuma dia tak sedarkan diri je..aku masa tu cam tak faham apa yg sedang berlaku..sedangkan aku dah 18tahun time tu..patutnya aku dah bole agak apa yg bakal berlaku…tapi aku tak rasa pape…bila aku tengok ayah terbaring atas katil tu, aku anggap macam dia tengah tido je..mak lak time tu senyap je..
Mak cakap, masa on the way nak g hospital tu, ayah dah macam tak berapa sedar dah…lepas sampai je, terus tak sedar langsung..mak kata, dorang check sume sebab tak tau ayah sakit pe..lepas dorang scan, doctor bagitau ada ketumbuhan kat kepala…tapi, sebelum2 ni, tak penah lak ayah ngadu sakit ke apa..mak pun tak tau..mungkin masanya dah nak sampai dan ketumbuhan tu cuma sebagai penyebab je kan…masa aku sampai hospital, ayah dah ada dalam wad..aku just pandang je..tak tau nak wat pe..aku tengok mak tenang je kat sebelah ayah…mak kata, doctor ada bagitau dia yg peluang ayah sikit sangat..sebab tu doctor sarankan untuk call sedara2 sume..aku tak tau masa tu..aku rasa pelik, sebab ramai2 bole masuk dalam wad time tu..sedangkan waktu melawat dah abih..lagipun dah malam sangat masa tu….tapi, sume bole masuk tengok…aku macam blur je..hmm tak reti la nak letakkan dalam perkataan keadaan aku masa tu…
Memang ramai sangat yg datang melawat..kebanyakannya stay sampai pagi…tapi sebelum subuh, dalam pukul 5 lebih kalo tak silap aku, keadaan ayah jadi cam tenat…masa tu, dah tak ramai orang kat wad tu…doctor datang check dia, pastu dia sahkan yg ayah dah meninggal..kalo tak silap aku, masa tu dah masuk subuh dah….aku macam tak ley terima masa tu..sebab ayah masuk hospital petang, then, subuhnya dah takde…cepat sangat…aku tengok mak sama macam sebelum tu jugak..tenang je..dia tak nangis langsung..dia tengok je muka arwah masa tu..
Hmmm tapi sekarang, aku rasa bersyukur sangat arwah ayah pergi cepat macam tu…sebab dia tanggung sakit tak lama..sekejap je…kalo la hari tu ajal ayah belum sampai, mungkin dia terpaksa tahan sakit dia tu, kena dok wad lama2..makan ubat tu makan ubat ni..mungkin keadaan dia lagi menyeksakan…tapi, arwah pergi dengan senang..cuma demam biasa..lepas tu baru doctor detect ketumbuhan tu…
Selepas arwah ayah meninggal, banyak sangat incident yg berlaku dalam keluarga aku..keluarga aku ni maksudnya sekali dengan sedara mara la..bukan family kecik aku ni je…mungkin jugak kebetulan..aku tak tau la kan..tapi satu persatu masalah dan bole dikatakan musibah jugak terjadi…tapi tak yah sebut la kan..perkara tak elok dan tak baik, tak patut diceritakan..tambah2 yg berkaitan keluarga sendiri kan…lepas arwah ayah takde, aku dapat offer ke Kolej Matrikulasi Perak…adik aku masa tu form 5..adik aku ni, luaran nampak ok..tapi dalam diri dia tu, aku pun tak tau apa yg dia rasa..tahun tu lak dia ada exam besar kan..mak aku ada gak bagitau aku masa aku dah masuk matrik tu..adik aku ni macam terganggu..result spm dia memang agak tak memuaskan masa tu..kesian dia aku tengok..aku, apatah lagi..masa kat matrik, aku macam dah jadi orang lain..bukan umi najwa yg sama masa skolah rendah n menengah..bukan macam yg kawan2 aku sebelum matrik tu kenal…aku macam sedikit hilang pegangan, hilang arah, hilang dalam mencari sesuatu…sesuatu yg aku sendiri tak pasti..pada pandangan kawan2 atau sesape je yg aku baru kenal masa tu, aku mungkin nampak normal…bukan pada dorang je, mungkin jugak pada family, kawan2 yg lain, mungkin aku tetap sama…tapi, pada aku, aku memang berbeza..rasanya macam kehilangan matlamat hidup..bunyinya mungkin cam poyo je kan..tapi tu la hakikatnya..aku tak dapat terima yg aku dah takde ayah..aku tak dapat terima, bila aku balik umah, bercuti, kat umah cuma ada mak je..kalo sehari dua, mungkin aku bole terima sebab aku anggap ayah pergi kursus kat mana2…tapi kalo cutinya sebulan, mana mungkin..sedangkan seminggu pon aku tak bole…
Bila teringat semula, rasa cam teruk sangat..rasa macam orang yg takde pegangan agama langsung..sepatutnya aku kena terima, redha dengan pemergian arwah kan…banyakkan berdoa untuknya..tapi lain pulak jadinya..aku bole sebut perkataan “arwah ayah” start tahun lepas..sebelum tu, bila aku bercerita pasal ayah, aku tak sebut langsung..sampaikan ada kawan2 matrik, kawan2 ump sekalipun yg tak tau ayah aku dah meninggal…kadang2, untuk elakkan aku bercerita pasal tu, aku cuma senyap, atau undur diri je bila ada kawan2 yg buke cerita pasal bapa dorang…teruk kan…hmmm….
Alhamdulillah, sekarang aku tak lagi macam dulu..ok sikit dari mula2 dulu…takde la ok sangat kan…tapi bole la…sekarang aku cuma ikut logik akal dan apa yg aku rasa je..kalo aku rasa, itu yg aku nak, aku teruskan walaupun tak betul…aku berharap satu hari nanti ada seseorang yg dapat bawa aku semula….aku tak jumpa lagi apa yg aku cari selama ni..sebab aku sendiri tak tau apa yg aku cari…
No comments:
Post a Comment