Renungkanlah sedalam-dalamnya....
Jodoh xde kaitan dgn keturunan. Hanya belum sampai masa'y. Ia bagai menanti jambatan utk ke seberang. Kalau pjg jambatan'y, jauhlah p'jalanan kita. Ada org jodoh'y cepat sbb jambatan'y singkat. Usia 25 tahun rasa'y belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau spjg usia itu telah digunakan utk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dlm doa2. Allah mendengar. Wanita baik utk lelaki yg baik, sebalik'y wanita jahat utk lelaki yg jahat. Biar lambat jodoh asalkan mndpt Mr Right dan biar seorang diri drpd mnjd mangsa lelaki yg x beriman kemudian nanti. Mmg kita mudah t'silap mentafsir khdupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mndpt ini. Hakikat'y, apabila kita benar2 mndpt apa yg kita inginkn itu, ia juga dtg b'sama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan t'detiklah di hati kita, bahagia'y org itu. Hakikat'y apabila kita sndri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Ketika anda t'perangkap dlm kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hgga mampu berada jauh di hdpn. Anda pun mengeluh, alangkah baik'y kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal spt itu dan cpt sampai ke tmpt yg dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bkn semua yg anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakn. Bahagia'y mungkin ada tapi derita'y juga dtg sama. Semua bnda, pasti ada baik buruknya.
Demikian jge perkahwinan. Ia baik sbb ia dibenarkn oleh agama, sunnah Nabi, sbg saluran yg betul utk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sbb ramai org yg b'kahwin hidupnya semakin x terurus.
Ramai org menempah neraka sebaik sje melangkahkn kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dgn ijab dan Kabul selain m'halalkan hubungan kelamin, tggjwb yg t'paksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yg menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup b'korban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata..
Jika x sanggup utk b'gelar isteri x usah b'kahwin dulu. Jika merasakan dri belum cukup ilmu utk b'gelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum b'sedia utk b'sabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jgn b'kahwin dahulu sbb kenyataannya ramai yg x b'sedia utk melangkah tetapi telah melompat, akhir'y jatuh terjerumus dan x jmpe akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yg benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tdk putus2 bagi yg menjadikan'y gelanggang utk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sbg matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kpd kesempurnaan insan - bagi yg mengetahui rahsia2nya.
Berkahwin lah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bkn b'kahwin krn perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan dtg menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
fikirkn lah...
tak semua yg kita impikan, kita akan dapat dgn senang...setiap perkara yg hadir dlm hidup kita, pasti ada kebaikan dan juga keburukan...tak ada perkara di dunia ni yg sempurna....
No comments:
Post a Comment