ini sambungan dari entry sebelum ni...
untuk pertama kalinya, satu hubungan yg bertahan hanya satu bulan...mamat yg aku cerita dulu tu, kitorang contact lagi lepas hari aku hantar dia tu...banyak kali jugak keluar sesama...pegi kolam air panas, pegi air terjun, mandi sungai, semua tu rupanya dekat je dengan rumah semenyih tu...2 tahun aku kat semenyih tu, tak pernah tau pon..nampak tak cuma keluar rumah pegi kerja je..hohoo..
ok bukan tu yg aku nak cerita..aku tulis ni supaya aku boleh baca balik masa akan datang...supaya tak lupa akan kejadian yg berlaku..supaya dapat jadikan peringatan kat diri sendiri...sebab realiti dunia sebenar sangat kejam...aku yg masih lagi dalam pemikiran alam universiti dah terjebak dalam satu babak kehidupan yg aku sendiri tak jangka..tak pernah terlintas adanya manusia yg macam tu...walaupon 2 tahun hidup sendiri di tempat orang, rupanya aku masih lagi kosong...semua orang yg aku jumpe sebelum ni semuanya bagos-bagos baik-baik..means, dunia luar tu aku belum nampak lagi keadaan dia..lagipon selama 2 tahun tu aku cuma keluar pegi kerja dengan keluar beli barang je...tak de keluar tengok gelagat manusia-manusia di luar sana tu...
tapi, dia ni dah ajar aku satu siri kehidupan yg aku takkan lupa sampai bila-bila...bermula dengan gentle sweet gitu...ayat baik punya...(tapi dia ni memang jenis romantik orangnya)...minat sama lagi...so macam senang la...kalau keluar, naik kereta aku sebab dia tak de transport...cuma satu je, cara dia drive aku tak suke...
bila dalam seminggu dua kenal, baru nampak macam lain..kadang-kadang macam orang tak betul pon ade..panas baran jugak..kerja nak cari gadoh dengan orang je..pantang ada kereta lain potong, dia pon nak sama laju...tak agak-agak kereta orang dia bawak tu...bila tegur, tak nak dengar...stress kadang-kadang...sampai la satu hari tu, aku dapat tau dia dah ada isteri rupanya...masa mula kenal, cakap single..terus aku cakap dah taknak jumpa tak nak ada pape hubungan lagi dah...tapi dia asyik cakap nak explain la nak discuss la..
nak dijadikan cerita, minggu lepas (1hbFeb) aku pegi jumpa dia and cakap yg tu last aku jumpe...lepas ni dah tak nak dah...mula-mula oke je cakap macam biase..pastu tetiba dia suruh keluar dari tempat driver tu sebab dia nak drive..time tu kat trafik light..gile ke hape aku pon tak tau..aku keluar sebab aku taknak kecoh-kecoh pastu ramai orang tengok..
lepas dah tukar tu la bermulanya saat genting yg menentukan hidup mati aku masa tu...dia drive macam orang kena rasuk..habis bumper semua dia langgar..pakai kereta aku lak tu..dengan lajunya tak yah cakap la kan..bayangkan aku kat dalam tu macam mana..mintak dia stop, buat tak tau je..sampai la masuk jalan highway cheras-kajang tu..kat situ dah la dengan construction mrt lagi..nasib tak banyak kereta hari tu..tapi sama jugak memang dia bawak laju gile pastu siap main-main stereng lagi..
kereta tengah laju, ko main stereng kiri kanan, memang cari sakit la..confirm confirm la akan terbabas..dan memang terbabas pon langgar kon mrt yg besar tu..habis hancur kereta...nasib belum sampai ajal masa tu..kereta memang teruk..masa tu, ak tak tau nak pk ape..yg aku pk masa tu, macam mana aku nak pegi kerja esoknya...dia yg berdarah-darah tu aku tak peduli pon..lantak la..yg aku stress sebab aku tak de transport nak pegi kerja..dah la jauh ke subang sana tu..aku kat semenyih lagi...
lepas tu ramai la pemerhati-pemerhati kat tepi jalan tu..yg aku tak boleh terima lagi tu, dia siap bagitau semua orang yg ade kat situ kononnya excident ni disebabkan aku..kononnya aku yg kacau stereng tu sampai hilang kawalan..konon-konon macam drama melayu kat tv yg bile bergadoh dalam kereta je, main tarik-tarik stereng...sedangkan, masa tu aku takde cakap pape pon..tetiba je dia sendiri yg buat macam tu...tak ke gile namanya..kononnya jugak dia sanggup mati sebab aku..semuanya sebab dia tak nak terima keputusan aku yg aku tak nak ade pape dah dengan dia..drama drama...kalau nak mati sangat, mati sorang dah la..aku tak nak bunuh diri...
disebabkan aku still pk macam mana nak pegi kerja nanti, lepas ambulance bawak pegi hospital kajang, aku still dengan dia lagi masa tu..dia tak bagi aku jauh dari dia..takot aku lari kot..tapi memang aku lari bila ade peluang...kebetulan hospital tu dekat dgn ktm..aku dengan keadaan pening tu amik keputusan naik ktm untuk pegi rumah paklong aku...walaupon kena tukar naik lrt kat kl sentral..dengan tudung baju lekat darah-darah tu, aku buat tak tau je..orang pandang pon aku buat bodo je..dalam kepala aku time tu cuma satu je..macam mana aku nak pegi kerja esok..yg lain aku tak peduli..sebab tu yg terlintas kat otak aku masa tu cuma rumah paklong aku..rumah dia je yg dekat dengan lrt..
dan alhamdulillah aku sampai dengan jayanya walaupon dalam keadaan kepala sakit pastu tetiba boleh lupa pulak arah mana rumah paklong aku tu..dengan fon aku dua-dua dia amik sebab tak nak bagi aku contact paksu aku lepas excident tu...bayangkan aku naik ktm dengan lrt tu sehelai sepinggang macam tu tanpa fon..nasib dia tak amik handbag aku skali je..so aku ade duit nak gerak..public fon pon tak de...masa tengah-tengah cari rumah paklong aku tu, nak call sesape pon tak boleh..dengan number fon semua tak ingat...tapi akhirnya aku sampai dan masa tu, memang semua orang tengah cari aku...sebab dia call mak aku bagitau yg aku hilang...(-_-"")
ni pengalaman paling dasyat sepanjang 27 tahun aku hidup..dan aku akan ingat sampai aku mati..dan aku takkan maafkan dia walau apa pon yg berlaku..aku tak halalkan apa yg dia dah amik dari aku..dia dah hancurkan kereta aku, dia dah hancurkan hidup aku...walaupon aku cerita ni tak terlalu detail, tapi at least bila aku baca nanti, aku still boleh ingat apa yg berlaku...detailnya tu biar aku simpan sendiri...
sekarang aku happy hidup sendiri..lebih baik hidup sorang dari hidup dengan orang yg menyusahkan..
No comments:
Post a Comment