Monday, January 16, 2012

mY WoRLd...

assalamualaikum...

24 sudah~~~
bukan satu nombor yg sikit...
makin lama, makin banyak....
tapi, nombor tetap sama...
masih 0123456789 jugak...
cuma kedudukannya silih berganti...
tahun demi tahun....

kite???
masih sama, masih ditakuk lama....
takde yg berubah...
tapi, sampai bila???
masa sentiasa pergi meninggalkan kita...
persekitaran sentiasa berubah...
pertemuan dan perpisahan akan menjadi lumrah..
tiada yg kekal di dunia...
segala yg dikhuatiri, dibimbangkan, dirisaukan sepanjang masa ini, bakal terjadi....
adakah kita mampu mengharungi dan menerima semuanya???
adakah kita mampu membiarkan segalanya berlaku??
bertahun mengharapkan sesuatu perubahan itu terjadi...
tapi, tetap tak de yg berubah...
masih sama..masih kekal begitu...

impian, harapan...
menjadi sebahagian dari permainan kehidupan...
tapi masih juga tidak membawa sebarang perubahan...
cita-cita sentiasa terhalang oleh kesukaan...
tapi, tanpanya juga kehidupan belum tentu diwarnai dengan penuh keceriaan...
tanpanya juga, pertemuan belum tentu hadir...

setiap yg berlaku, punya hikmah tersendiri...
cuma kita yg gopoh, tak sabar menanti hikmah itu...
hikmah yg kita sendiri tak tahu bagaimana keadaannya...
tanpa kita sedar, kita sentiasa menyalahkan takdir...
takdir yg menyebabkan sesuatu itu berlaku...
tapi, sedarkah kita....
siapa yg kita persalahkan???






Sunday, January 15, 2012

jUsT U...

it is so sad..
when u realize u are nobody...
when u realize u have nothing at all...
u are just u...



p/s --> hope to see u again...for a very last time...=_=

Friday, January 6, 2012

SiaP sUDa~~~

Assalamualaikum...

akaun yg baru suda siap!!!! yeahh!!
penat add semula kawan-kawanku sume...
sampaikan kena sekat dari add member selama 2 hari~~~
lalalalalaaaa.....

gigih add orang sampai tak tau berapa ramai yg di add sekaligus...
memang kena sekat la kan...
sebab mutual friend pon takde lagi...
hohoooo....
tak kisah lah...lepas 2 hari bole add lagi...
heee...

setakat pukul 3.24 am ni, baru 51 orang yg dah accept request...
berapa orang yg aku dah send request, tak tau la kan...
lalallalaaaa....

tu je laporan untuk hari ni...
lululuuuuu....



Thursday, January 5, 2012

mY nEw Fb aCcOUnT...

assalamualaikum...

akhirnya setelah sekian lama, fb ku berjaya deactivate kan....
lalalalalalaaa~~~~
dah lama plan tapi cam takde kekuatan lak kan...ceewahhh!!!~~~
takde lah...

bosan lak bila lelama ngan fb ni...huhuuuu
tapi, takde la bosan pon...
hmm tak tau la camne nak cakap...lalalalaaa...

sebenarnya, fb yg lama tu nak delete, tapi tak tau lak camna nak delete..
so, deactivate je la...
akaun baru coming soon...
heee...

yg sebenar2nya, nak setting balik yg lama tu, tapi tak larat la...
banyak sangat kena ubah..
so, buat baru la paling senang kan...
hohooo senang ke??
tak tau la..
mungkin kot...

nak unfriend sesape yg dah friend tu, cam tak sampai hati lak..
sebab sebelum ni dah accept kan...
tapi ramai sangat yg friend tapi macam tak friend..
aku gak la yg salah kan sebab g accept wat pe..
hohooo....
tapi, tu la...
aku terfikir cara ni je yg bole buat untuk setting sume balik...
hee...

lepas ni, sebelom accept, pastikan betul2 kenal dulu la ye..
huhuu.....

k lah..nak meneruskan tugas add semula kawan2 aku yg dikasihi tu...
lalalalalaaa....


Sunday, January 1, 2012

aDaM & hAWa...

SUARA HAWA UNTUK ADAM

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.


Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

bantulah aku menuju ke landasan yang benar,
ADAM RENUNGKAN......


source : sorry tak ingat kat mana jumpe artikel ni...sebab dah lama dalam simpanan....



tAHun bArU~~~~

SELAMAT TAHUN BARU 2012.....

ni entry yg ke-2 untuk tahun ni..lalalalaaa....
lama sangat dah aku stop share lagu-lagu, maki-maki, crite-crite, dan seumpamanya lah kan....
so, entry yg 1st tadi tu aku share lagu yg aku dapat dari kawan aku baru-baru ni...
lirik simple je..tapi lagu bole tahan la kan...
sampai rumate aku pon dah bole hafal lirik ni..hohooo...

hmm tahun 2011 baru je berlalu...tp, banyak lagi perkara yang patut aku buat, aku tak terbuat...
yang penting ada, yang tak penting pon ada..
masalahnya yang penting pon tak dapat settle...teruk betul la..
antara semua yang penting tu, ada satu yang paling penting..
tapi sampai sekarang pon aku tak dapat nak lunaskan...
faham-faham je la kan bila berkaitan dengan kemahiran membuat keputusan ni..
memang aku fail la kan...
ni la sebab'y aku selalu tangguh ni...
tapi, sampai bila..
bukan la aku tak penah fikir langsung, tapi sebab aku takde skill tu...
jawapannya, nothing la kan...
huhuuu....

mintak maaf la pada yang berkenaan...
ni bukan seperti yang dibayangkan...
lebih susah dari yang difikirkan...


UnTuK mEnCiNTaiMu...

jom layan lagu ni...
member aku post lirik kat fb dia..aku tgk cam best je kan..
lepas tanya-tanya, dia send lagu ni kat aku...
bole tahan la kan..

UNTUK MENCINTAIMU by SEVENTEEN


apa yang harus aku lakukan 
untuk membuat kau mencintai ku
segala upaya telah ku lakukan untukmu

apa yang harus aku tunjukkan
untuk membuat kau menyayangiku
ini lah aku,
yang memilih kau untuk ku

karna aku
mencintai mu
dan hati ku hanya untuk mu
tak akan menyerah
dan tak kan berhenti mencintai mu
oooo

ku berjuang dalam hidup ku
untuk selalu memiliki mu
seumur hidup ku
setulus hati ku
hanya untuk mu
ooooooooo

karna aku mencintai mu
dan hati ku hanya untuk mu
tak akan menyerah...
dan tak kan berhenti mencintai mu.....

ku berjuang dalam hidup ku..
untuk selalu memiliki mu
seumur hidup ku
setulus hati ku
hanya untuk mu,,
seumur hidup ku
setulus hati ku.... ooooooooo...